Tuesday 16 April 2013

APA ITU DERA?


PENDERAAN terhadap kanak-kanak adalah perbuatan zalim dan keji yang dilakukan oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak. Orang dewasa yang dimaksudkan di sini ialah ibu bapa, atuk, nenek, pengasuh dan sebagainya. Punca berlakunya penderaan adalah disebabkan tekanan atau stress yang dialami oleh orang dewasa. Masalah kewangan dan tiada didikan agama juga adalah punca terjadinya penderaan. Terdapat 3 jenis penderaan : fizikal, mental dan seksual. Kesan penderaan terhadap kanak-kanak ialah lebam, luka dan anti sosial (fizikal). Manakala jenis mental pula ialah pengasingan, tindakan yang menakutkan dan sikap tidak peduli orang dewasa. Jadi di sini kita harus sentiasa ingat yang kanak-kanak adalah anugerah dari Allah kepada ibu bapa. Kita harus memaafkan kanak-kanak tersebut daripada mengambil sikap pendera. Kanak-kanak adalah insan yang tidak berdoa dan tidak mengerti apa-apa.

No comments:

Post a Comment