Saturday 22 June 2013

EZI2CARE

EZI2CARE merupakan sistem atas talian ( online) untuk memohon mengikutti KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK (KAAK) dan KURSUS ASAS PUSAT JAGAAN (KAPJ) yang dianjurkan Agensi Latihan yang diiktiraf oleh Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Akta Taman Asuhan Kanak Kanak 1984 meperuntukkan bahawa semua penguasa, penyelia dan pengasuh di TASKA wajib hadir dan lulus KAAK. Manakala Akta Pusat Jagaan 1993 mengkehendaki pengendali dan penjagaan di Pusat Jagaan menghadiri KAPJ. Kursus ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja termasuk ibu bapa.

No comments:

Post a Comment