Sunday 9 March 2014

LAWATAN KERJA RASMI KE KOTA BANDUNG, INDONESIA (26.02.14 - 02.03.14)

Lawatan kerja rasmi ke Kota Bandung, Indonesia pada 26.02.14 yang lalu telah memberi banyak inspirasi kepada saya sbg pengusaha taska & tadika serta guru-guru yang lain. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat sendiri persekitaran dan sistem pendidikan yang digunakan di taska dan tadika di Bandung. Lawatan ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang di ketuai oleh pengerusi Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS), Pn Mahanom Basri.



Lawatan kerja bermula di Tadika TK TARUNA BAKTI, kemudian ke PLAYSCHOOL SALMAN AL-FARISI dan berakhir di TADIKA GAGASCERIA.






Perbezaan antara taska di Malaysia dan Indonesia adalah dari segi tempoh perkhidmatan guru2nya. Di Bandung saya susah mencari cikgu yang tempoh perkhidmatannya kurang dari 10 tahun. Minimum ialah 10 tahun. Kebanyakkan cikgu adalah berkhidmat dalam sesebuah tadika @ taska adalah 10-20 tahun. Dan mereka terlalu dan sayangkan kerja mereka walaupun ada yang bekerja sebagai tukang sapu. Tetapi di Malaysia perbezaan terlalu ketara, dimana susah mencari cikgu yang tempoh perkhidmatan lebih dari 5 tahun. Kebanyakkan hanya 1-2 tahun sahaja. Apa sebabnya? Mungkin disebabkan di Indonesia peluang pekerjaan terlalu kurang dimana permintaan( demand)  melebihi keperluan (supply). Disebabkan itu masing2 berebut untuk bekerja bagi menampung kehidupan harian. Di Malaysia pula terlalu banyak peluang pekerjaan dan ini menjadikan kita terlalu memilih pekerjaan.






Perbezaan yang kedua ialah dari segi infrastruktur premis taska & tadika. Di Malaysia pengusaha taska hanya mendirikan taska @ tadika di kawasan corner lot perumahan dan office lot. Dari segi ruang untuk aktiviti, bermain, makan & tidur adalah agak terhad. Manakala di Bandung premis taska& tadika didirikan seperti keluasan sekolah rendah atau menengah. Secara kesimpulannya, mana yang baik dijadikan contoh atau panduan dan yang kurang baik diletakkan di tepi.

No comments:

Post a Comment