Tuesday 4 July 2017

IBU AYAH PENDIDIK UTAMA


Assalamualaikum w.b.t

Perkataan Rabbayani merujuk kepada ibu ayah. Ibu ayah adalah pendidik utama dalam konteks keluarga. Seawal usia sehari hatta di dalam kandungan lagi, anak sangat dekat dengan ibu ayah terutamanya ibu. Oleh itu, tidak mustahil kenapa ibu selalu disenangi dan disayangi oleh anak-anak. Usah rimas, usah risau, usah panik( tarbiah buat diri ini yang punya 3 anak perempuan..). Sememangnya Allah telah menjadikan ibu sebagai wanita yang sangat hebat. hebat dengan kasih sayang, hebat dengan kelembutan dan hebat dengan sensitiviti. 

Bila ditanya dengan anak kecil, Siapa idola mereka? Semestinya ibunya. Ibu yang hebat yang selalu berada dekat dengan mereka walaupun jauh dari sudut fizikal. Masakan yang paling sedap adalah dari hasil tangan ibunya. Walaupun hanya masak spageti meat ball!!.. Tetapi Subhanaallah, itulah kasih sayang yang terindah, memori yang terhebat untuk mereka. jangan lepaskan masa-masa emas mereka dengan kita sbg pendidik utama.Ibu ayah boleh memperkenalkan juga WANITA2 ISLAM YANG HEBAT seperti SAIDITINA KHADIJAH( isteri nabi yang pertama..Darinya datang keturunannya dengan 6 orang cahaya mata..isteri yang menjadi pelindung buat Nabi dalam menyampaikan risalah ALLAH, SAIDATINA AISYAH dan SAIDATINA FATIMAH AZ ZAHRA (anak Nabi).

 Ingat satu perkara, ANAK BELAJAR DENGAN APA YANG DILIHAT. Bukan senang nak mendidik anak generasi Y. Memerlukan kerjasama ibu dan ayah bersama. Kerana ibu pun sedang sibuk menyara keluarga agar keluarga cukup serba serbi. Tanpa kekurangan. Tetapi cuba balancekan masa dengan kerja dan keluarga. Duit boleh dicari, tetapi kasih sayang anak mana boleh diganti. Bukan dengan wang. Allah beri kita anak sebagai amanah. jadi jagalah anak2 dengan ikhlas mencari redha Allah.


 Wahai anak-anak ku, Ingati jasa ibu ayah mu sampai bila2. Sedekah Al fatihah buat mereka setiap hari. walaupun kita tidak bisa memberi dari sudut fizikal, lepaskan mereka dengan kasih sayang dan doa. Semoga Allah jadikan kita semua insan yang hebat di mata ibu ayah, masyarakat dan juga sisi pandang Allah Al Sami' Allah Al Bashir (Maha Mendengar, Maha melihat). Jagai ibu bapa dengan sebaik mungkin sehingga kami sekeluarga dapat bertemu di dalam Syurga Firdaus.

Amin..hingga kita berjumpa lagi.

Selamat Hari raya, Maaf zahir dan batin..


No comments:

Post a Comment