Monday 31 July 2017

THINK BEFORE SPEAK



Bismillahiromanirrahim.
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah)

" Nanti tumpah, lap ye"
"Kalo x tidur, tak payah pi jalan"
"Kalo x tidur, tak payah buat susu"

Itu antara komunikasi yang biasa diungkapkan oleh seorang ibu atau pendidik kepada anak-anak.
Memang mudah dan simple. Arahan yang dikeluarkan oleh ibu ayah kepada anak untuk memastikan matlamat tercapai. Dek kerana sibuk dan penat, lalu memutuskan mengeluarkan ayat-ayat ini.

Komunikasi adalah satu proses menyampaikan informasi dari satu pihak kepada pihak yang lain. Ini dipanggil verbal. Tetapi jika komunikasi kaedah verbal tidak difahami maka pilihan lain adalah dengan nonverbal seperti gerakan badan. Yang paling cepat adalah action by hand.

Lalu apa yang perlu dibuat oleh ibuayah/pendidik?
Meneruskan sahaja teknik komunikasi begitu?
Atau berusaha mencari ilmu dan info untuk membaiki komunikasi agar kedua pihak berpuas hati?

PANDUAN BERKOMUNIKASI:
1. RENDAHKAN SUARA (JAGA INTONASI SUARA)

Surah Al-Hujurat Ayat 2

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَنْ تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu, sedangkan kamu tidak menyadari.



2. TUKAR SKRIP 0 KEPADA SKRIP 1
" Nanti tumpah, lap ye" = Allah suka orang yang pembersih.
"Kalo x tidur, tak payah pi jalan" = "Siapa tidur, ibu bawa pergi jalan-jalan"
"Kalo x tidur, tak payah buat susu"= " Siapa yang dengar cakap ibu, ibu buatkan susu"

SKRIP 1 membawa minda kita lebih tenang. Mengurangkan stress. Mengurangkan perkataan yang tidak elok keluar daripada mulut ibu. Dengan skrip 1, kita fokus kepada penyelesaian, bukan kepada masalah.

3. THINK BEFORE SPEAK
Setiap apa yang disebut seperti doa. Doa ibu yang paling mustajab.  Jadi sebaiknya kita mendoakan yang baik-baik buat anak. Agar anak menjadi anak yang soleh buat ibu ayah dan agama.

Alhamdulilah, semoga dengan teknik berkomunikasi yang betul dan baik, Insyaallah meraih kerahmatan dan keberkatan Allah di dalam organisasi keluarga dan masyarakat. amin..

No comments:

Post a Comment