Monday 20 November 2017

SAYA PILIH JADI BAIK SEPERTI EPAL MERAH





ALHAMDULILLAH..
Dengan tema: SAYA PILIH JADI BAIK.
Aktiviti: Merasa buah epal merah

EPAL MERAH rasa MANIS.
EPAL HIJAU rasa MASAM.

Maka apa kaitan EPAL & SIKAP MANUSIA?

Ada manusia bilamana MENDAPAT BAHAGIA, KESENANGAN DAN KEJAYAAN akan memilih untuk BERMUKA MANIS. Senyum sampai telinga.

Tetapi bilamana DI UJI dengan KELAPARAN, KESUSAHAN & KEKURANGAN HARTA BENDA, kita akan cenderung memilih sikap negatif iaitu menunjukkan MUKA YG MASAM seperti epal hijau.

Baiknya Allah..cara didikan dan tarbiah buat kekasihnya di dlm surah yg ke 80 ini.

'Abasa 80:1

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ

Ia memasamkan muka dan berpaling,

Nabi Muhammad s.a.w juga pernah menunjukkan masam muka kpd seorang buta kerana merasakan tiada kepentingan utk berbicara dengannya dan menumpukan perhatian kpd golongan yg berpengaruh dan berharta.

Kita juga begitu!

Contohnya sebagai pengusaha atau pendidik taska dan tadika..

Bilamana ada bakal client datang visit ke center kita dengan kereta mewah..Bmw, Mercedes benz..kita bermanis muka melayan pertanyaan mereka. Kita merasakan ini parents yg mempunyai kekuatan kewangan yg kukuh.

Tetapi jika yg dtg itu hanya berkapcai, kita pun melayan dgn acuh x acuh!

Subhanallah..

Wahai ibuayah..
Wahai pendidik..
Wahai anak2..
Maafkan saya jika saya pun pernah bermasam muka dgn kalian.

Semoga Allah suka dlm usaha membaikkan diri kearah kebaikan.

No comments:

Post a Comment