SALAM 1 MALAYSIA


SALAM 1 MALAYSIA



SELAMAT DATANG DAN SALAM 1 MALAYSIA

Selamat Datang ke Blog Pusat Jagaan Kanak-Kanak Nurbudi. Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk membaca dan menjelajah ke blog ini. Harap pembaca blog seronok membaca blog ini. Kami juga mengharapkan komen dan nasihat yang positif untuk meningkatkan produktiviti dan pengurusan kami. 

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

PJKK & TASKA NUR BUDI menyediakan  perkhidmatan  pengasuhan bagi bayi seawal usia 2 bulan – 12 tahun yang selamat, harmoni serta penuh kasih sayang.

PJKK & TASKA NUR BUDI   dilengkapi dengan  PROGRAM PERMATA yang menekankan aspek perkembangan menyeluruh dan optima melalui aktiviti harian yang terancang buat setiap peringkat umur kanak-kanak. Aspek perkembangan menyeluruh merangkumi aspek perkembangan Fizikal, Bahasa, Sosio Emosi, dan Kognitif. Perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini amatlah penting bagi menentukan corak perkembangan dan pembesaran mereka pada masa hadapan.

Setiap Staff  diberikan latihan yang sewajarnya bagi membantu para ibubapa membesarkan serta mengasuh anak mereka dengan sepenuh tanggungjawab kerana kami yakin PJKK & TASKA NUR BUDI  merupakan tempat utama proses perkembangan kanak-kanak berlaku selain di rumah. Justeru, kami amat mementingkan kualiti perkembangan individu setiap kanak-kanak.

Selain aspek perkembangan kanak-kanak, pemakanan yang seimbang turut dititikberatkan bagi memastikan tumbesaran yang sihat dan optimum. PJKK & TASKA NUR BUDI sangat mementingkan aspek kebersihan, keselamatan dan juga keceriaan bagi memastikan kualiti kehidupan dan pembesaran yang harmoni buat si manja anda.

Setiap kanak-kanak di PJKK & TASKA NUR  BUDI  mempunyai buku rekod perkembangan individu bagi merekod perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Ibubapa juga turut dapat memantau perkembangan anak mereka berdasarkan buku rekod ini kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza mengikut tahap perkembangan mereka.


 PERKHIDMATAN
Jagaan bayi ( 2 bulan – 1 tahun)
  1. Penjagaan 12 jam ( 7 pagi – 7 petang)
  2. Menu makanan & minuman yang berkhasiat mengikut standard JKM.
  3. Mandi 2 kali sehari ( pagi & petang)
  4. Aktiviti perkembangan menyeluruh (bahasa, kognitif, sosi-emosi dan fizikal)
  5. Sambutan hari lahir

Jagaan toddler ( 1 tahun – 4 tahun)
  1. Penjagaan 12 jam ( 7 pagi – 7 petang)
  2. Menu makanan & minuman yang berkhasiat mengikut standard JKM.
  3. Mandi 2 kali sehari ( pagi & petang)
  4. Aktiviti perkembangan menyeluruh (bahasa, kognitif, sosi-emosi dan fizikal)
  5. Sambutan hari lahir
  6. Art & Craft class
  7. Kelas Iqra
  8. Program cuti sekolah ( utk 2 tahun ke atas sahaja)

Jagaan transit ( kanak-kanak selepas sekolah rendah, agama & tadika)
  1. Penjagaan
  2. Menu makanan & minuman yang berkhasiat mengikut standard JKM.
  3. Mandi 2 kali sehari ( pagi & petang)
  4. Sambutan hari lahir
  5. Kelas Iqra
  6. Program cuti sekolah
  7. Bacaan yasin (setiap hari Jumaat)


WAKTU OPERASI

Isnin – Jumaat : 7.00am – 7.00pm







No comments:

Post a Comment