PROGRAM PERMATA

PUSAT JAGAAN KANAK KANAK & TASKA NUR BUDI menyediakan program PERMATA yang intensif dan sesuai dengan perkembangan kanak kanak. Ianya meliputi:


1. PERKEMBANGAN FIZIKAL
Kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti memanjat,merangkak, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.


2. PERKEMBANGAN BAHASA
Kanak-kanak akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindakbalas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa saja yang didengarnya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.


3. PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Kanak-kanak tidak harus dibiarkan menangis lama atau berpanjangan.


4. PERKEMBANGAN KOGNITIF
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pemgumpulan maklumat.



5. PERKEMBANGAN ESTETIKA & KREATIVITI
Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.

6. PENGAJIAN IQRA & AL-QURAN
Di PUSAT JAGAAN KANAK KANAK & TASKA NUR BUDI, kanak-kanak seawal 2 tahun akan didedahkan kepada bacaan Iqra. Manakala bagi kanak-kanak transit pula adalah pendedahan kepada bacaan Al-Quran.


7. KELAS ART & CRAFT
Kelas Art & Craft akan dijalankan setiap bulan bagi merangsang kreativiti kanak-kanak.

8. NATURE WALK
Nature walk diadakan di kawasan luaran taska bagi membuka minda kanak-kanak mengenai persekitaran luar. Contohnya mengenal batu, ranting, pasir dan tumbuh-tumbuhan.

No comments:

Post a Comment